Google Classroom

 

Rajah 1 - Logo Google Classroom

    Google Classroom merupakan perkhidmatan percuma yang dibangunkan oleh Google sebagai medium yang dapat membantu sekolah-sekolah menggunakannya bertujuan untuk memudahkan system pengajaran dan peembelajaran, mengedar dan Menyusun tugasan kepada pelajar tanpa menggunakan kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk memudahkan proses perkongsian fail antara guru para pelajar-pelajar.

    Google Classroom dilancarkan pada 6 Mei 2014, dengan pratonton tersedia untuk beberapa ahli program G Suite untuk Pendidikan Google. Ia dikeluarkan secara terbuka pada mulai 12 Ogos 2014. Pada 29 Jun 2015, Google mengumumkan Classrom API dan butang kongsi untuk laman web, yang membolehkan pentadbir sekolah dan pemaju untuk terus melibatkan diri dengan Google Classroom. Pada 24 Ogos, Google membangunkan Google Calendar ke Bilik Darjah dimana pelajar dapat menyemak tarikh tamat tempoh tugasan, perjalanan lapangan dan penceramah kelas. Pada Mac 2017, Google membuka Bilik Darjah untuk membenarkan mana-mana pengguna Google peribadi untuk menyertai kelas tanpa syarat mempunyai akaun G Suite untuk Pendidikan.

    Pada 7 Ogos 2018, Google mengumumkan pembaharuan ruang kelas, menambah bahagian kerja kelas, membenarkan penggunaan semula kelas dari kelas-kelas lain, dan menambahkan ciri untuk guru untuk menganjurkan kandungan mengikut topik pembelajaran.

Antara manfaat yang dapat diperolehi daripada google classroom adalah memudahkan guru untuk mewujudkan seberapa banyak kelas dengan pelbagai nama atau topik, tetapan gambar, dan lain-lain lagi.

    Selain itu, memudahkan guru untuk menyimpan senarai murid. Hal ini kerana mungkin ada segelintir dalam kalangan guru yang tidak ingat nama dan profil anak-anak murid. Justeru itu, dengan adanya Google Classroom ini, para guru dapat menyimpan senarai murid bagi kelas masing-masing dan Google Classroom bertindak menyimpan kesemua rekod tersebut.

Google Classroom juga memudahkan dalam membuat tugasan. Sebagai contoh guru lebih mudah untuk memberikan tugasan kepada murid dengan menggunakan Google Docs, guru dapat membina satu templat dengan jawapan murid secara indvidu. Guru juga mudah untuk menyimpan bahan di dalam Google Classroom ini. Kebanyakan guru hanya simpan semua bahan dalam Google Drive dan berikan link kepada murid. Namun Google Classroom telah menyusun lebih baik dari segi direktori bahan PdPc di bahagian Materials.

    Malah, Google Classroom membolehkan guru memberikan perhatian yang khusus kepada murid-murid yang dikehendaki dengan cara menghantar mesej secara peribadi. Setiap murid juga mempunyai senarai semua tugasan dan rekod markah yang akan diberikan oleh guru. 

    Tambahan lagi memudahkan murid bagi mendapatkan notifikasi. Sebarang pengumuman dan tugasan akan masuk dalam bentuk notifikasi di telefon pintar dan juga email murid. Dengan ini murid tidak akan mengalami masalah ketinggalan sebarang maklumat tentang pelajaran. Malah, murid juga boleh buka applikasi Google Classroom dan rujuk di bahagian notifikasi untuk mengetahui tugasan yang diberikan oleh guru mereka. 

    Akhir sekali, memudahkan guru untuk membuat Pop Quiz yang ringkas dan boleh dijawab secara terus oleh murid. Google Classroom juga mudah diakses di mana-mana sahaja oleh semua peranti Android dan komputer yang mempunyai pelayar internet. Pengguna hanya perlu masukkan gmail sebagai ID.

No comments:

Post a Comment

Objektif

Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk menerangkan tentang penggunaan dan fungsi Google Tools. Diharapkan para pembaca dapat memahami dan ...